Wednesday, 17 May 2017

JOM APPLY PENGAMBILAN GURU TAHFIZ & DINI SECARA INTERIM 2017!

Assalamualaikum... Hokey....tujuan sis tulis entry ni, 1 jaaa... nak tolong hangpa yg nk apply guru dini/tahfiz... Baca kasi hadam deh... sbb sis penat nk bls pm sorang2 soalan yg sama....



LANGKAH PERTAMA

At first, bila awk2 dah tau pasal iklan dibuka, tak payah ambik masa yg lama utk fikir,nak isi ke x? Isi aja... tak payah fikir awk blm grad lg,msih intern.... sbb rzeki tu di tangan Allah... so??? Put ur trust in Him! Eh,sis ni main sodapppp cakap jeeee... btul awk2, msa sis apply thn lpas pn, sis blm grad lg...pakai transkrip sementara sajo. Kita usaha,selebihnya berserah pada Allah dan doa jgn tinggal. Mesti awok2 nk tau kan, cane nk isi eh? Ok, awk2 p ke laman web JobsMalaysia ... kira log in acc situ dlu... cam mula2 nk sign up fb... Pastu, segala detail yg dia nak, sila lengkapkan... bla dh complete... Awk2 bleh mula print out borang gru interim dini/tahfiz dan isi lah secara manual ..... Ok... dah isi manual?lengkapkan apa yg dia nak...dokumen apa yg dia nak,kasi lengkap...jgn trtggl...pastu p la bt pengesahan (cop)penghulu or penggawa kg. Then,kalau sis dlu kena p hantar di bangungan JPN BPI KB. Tak tau la syarat awok2 kali ni macam mana. Ni 1 nak pesan,jgn la dkt2 last minute bru nk g ntar borang tu...sbb ni dah pd sisil sendiri... tarikh ttup 30, sis ntar 29...punyala pnjang beratur dr tgkat bwh smpai tgkat 3,dr kul 10 smpai kul 3 lbh...Allah je tau ...pastu bila sampai je turn kita, ada maklumat tak lengkap plak... rasa nak nangis...nk kna cop bbrapa borang lg....bygkan btapa kalutnya msa tu...org lain pnuh dk mnunggu tgk kita...pastu,trpksa la pegi cari mana2 pgawai yg sudi tlg copkan utk dokumen kita... So,better uolls hantar awal2 ya. Elakkan sebarang kemungkinan. Opsssss...dkat syarat dia no bape ntah, dia nk cetakan email kita. So make sure tulis besar2 alamat EMAIL kita... sebab email plg pnting... apa2 mkluman akan msuk ke email... Dah hantar? Full stop .... A month later... jeng jeng jengggg... Korang akan dpt 1 email yg brtulis..

LANGKAH KEDUA

Tahniah, anda layak dipilih utk mghadiri sesi tmuduga UKCG 1 di IPG KB... Ukcg ialah ujian kelayakan calon guru. Lebih kurang psikometrik gtu.. Jwpn ada pd awk2''' Ya/tidak Benar/tdk benar... 80soalan dlm msa 30minit ...(no korek2 hidung n mengelamun) Dah siap ukcg1? Done.... balik tido.... Jgn tdo aje...doa...sbb bkn kita sorang yg mohon...kdg2 yg pegi tu lg hbat dr kita... betul,xtipu...mcm sis, xder apa pngalaman dlm pndidikan,pstu xgrad lg, saingan pnya rmain. Down la jgak...tp kna lawan... A month later.... Ok,kali ni ,ditakdirkan awk2 brjya ukcg1,maka awk2 dpt 1 email yg mgatakan 5,6 ari lg ada iv scra lisan dan bertulis... Ya Allah, part ni kecut perut... Memang dr mula2 dpt email kdua ni,kita dh mula xsng dduk...fkir mcm2..almaklumlah, sis ni xder pengalaman pegi iv...ni pestaim.... Ni nak pesan,bila dah dpt iv kedua nin...tlg jgn ddk saje n hoora hooray... pegi topup ilmu fardu ain bnyk2.''hafaz quran surah2 lazim, tajwid,b.arab nahu bagai tu ,pengetahuan am n semua laaaaaa... Nama pun nk jd cikgu... Kay, iv kdua ni.kita smpai je ipg,dia akn bhgi kumpulan.dduk dlm kumpulan je...msa pg2 tu kul 8 start... kna karang 1 esei dlm b.arab ...dlm msa stgh jam...soalan lbh kurang knapa nk jd cikgu... Karang awal2 n hafal pn xpe.haha...tp tak jamin la kalau ttba dorang tukar tajuk. Pastu... ada msa terluang smntara mnunggu turn tu, baca la skit2. Macam sis dlu di panggil utk iv berkumpulan .yg ni mmg dlm b.mlayu. Round prtama dia suh prknal diri dlu..pnampilan diri pnting...kalau ada coat,pkai la..jgn segan... Haaa ni nk crita..msa prkenalkan diri tu, sis ada trsilap ckap...tp jgn glabah...be cool okay.. slwat bnyk2. Second round, dia akn bg 1 soalan...bincang n tulis atas krtas mahjung point kita... yg ni smua biasa buat time present kt uni kan? Small matter.. cuma, msa nk present,dia nilai kreativiti kita..n so bentang dgn cara luar biasa sikit..dlm bntuk lakonan ke,forum ke...kami dlu bt forum. Siap!

LANGKAH KETIGA

Round ketiga,back to seat, yg ni dia akan tnya apa aje soalan..itu pentingnya topup ilmu yg sy cakap td... Biasanya lbh pada hukum hakam, psal fiqh ibadah, taharah mcm2 lg.... Yg ni klau silap jwb,slg topup2 la dgn ahli grup. Bila dia tnya, trus akan tgn n cuba jawab...jgn tnjuk takut2 n tak yakin. Tp jgn kita ja dk jwb n conquer keadaan...nnt ditolak mrkah... mknanya,kita kna bntu kwn gruup kita pkat2 jwap..... Maka selesai lah... Rehat kejap. Pastu iv individu.. ujian b.arab n quran. Xkisahlah kena bhgian quran dulu atau b.arab dulu. Redah saja. Ok, sis dlu kena b.arab dlu. Masuk bg salam,snyum. Dan,kt ats meja ada bbrapa hlai krtas, dia mntak kita bca 1 teks b.arab.kita kna baca seeeeeemuaaaa n smpai ke sblm titik pn diabnk kita baca ada baris. Pastu jwb soalan brdasarkan teks n dia akan tnya soalan random ikut suka hati dia..klau kna mcm sis dlu dpt soalan snang n sikit jaaaa.hehe. Then,siap di ujian b.arb,beralih ke quran...kt situ akan di uji tajwid dan hafazan.... surah lazim mcm yaasin,sjdah,arrum,almulk DLL..

Alhamdulillah.. sis berjaya jadi guru Dini.. dan juga penulis buku.. Dapatkan segera ye! 
Untuk maklumat lanjut tentang buku, boleh ke sini ye : PAGE FB HAMARE

WISH UOLLS GUD LUCK. ALLAHU YUFTAH ALAIKUM. REZEKI ITU DARIPADA ALLAH UTK HAMBANYA YG BERUSAHA. 

*adeh...pnat taip.. sekian saja celoteh sy.... maaf deh bahasa dan tulisan yang ringkas2, sebab nak cepat, menaip pakai HP saja.. heee.. :) 

SITI NOR HAYATI BINTI MOHD DAUD,
GURU DINI DI KELANTAN,
PENULIS BUKU 'SHAMELESS'. 




Thursday, 16 March 2017

Pre-Order Cetakan ke3 Hidayah di Balik Gerigi Besi X Shameless

[MENCARI SEBUAH KETENANGAN HAKIKI]
.

.
Hati dan diri mereka sebenarnya sedang kosong. Mereka cuba cari melalui hiburan dan keseronokan dunia, kecewa yang mereka temui apabila diri menghidap penyakit kronik seperti AIDS, Sifilis dan sebagainya.
.
.
Mereka cuba penuhi dengan berkawan dan bercampur dengan golongan-golongan sosial tanpa memikirkan soal halal dan haram dalam Islam, mereka temui kecewa apabila kawan makan kawan.
.
.
Akhirnya, mereka cuba penuhi hati dan diri yang kosong itu dengan didikan agama. Mereka mula temui ketenangan. Hati dan diri yang kosong mula terisi dengan zikir dan kalimah-kalimah agama berbentuk tazkirah, nasihat dan peringatan.
.
.
Mereka perlukan sokongan sekeliling dan kekuatan dalaman yang jitu bagi merubah diri ke arah yang lebih baik. Lebih beriman kepada Allah. Fitrah manusia memang mahu akan kebaikan.
.
.
Bacaan selanjutnya ada di dalam cerpen yang bertajuk 'Ukhuwah Bersama LGBT'. Sebuah kisah pengalaman yang diinspirasikan daripada kisah benar.
.
.
Buku kami dah kehabisan stok! Hampir 200 buah buku telah terjual dan dimiliki oleh para guru, ibu bapa, kakak abang dan remaja sekalian.
.
.
Jangan sedih!
.
.
Kami buka PRE-ORDER! Ayuh, PRE-ORDER sekarang!Dapatkan segera bersama kami atau #AgenHamare kami yang sah!
.
.
WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413
WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413
WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413
.
.
100 PRE-ORDER TERAWAL AKAN MENDAPAT FREEGIFT COMEL! <3
.
.


#Share
#ProjekHamare
#ProjekDakwah

Thursday, 5 January 2017

Pre-order sekarang Buku Hamare!


Buku ini ditulis oleh dua blogger muda yang memuatkan 13 cerpen santai yang diinspirasi daripada KISAH BENAR. Kisah keadaan dan pengalaman sekeliling. Antara tajuknya, Jalan Pulang, Ukhuwah Bersama LGBT, Aku Anak HIV, Sahabat Sorga, Abi Habibi, Sesak, Shameless dan banyak lagi!
Terselit juga pengenalan Hamare dan 3 karya illustrasi tarbiah yang dilukis sendiri oleh team illustrator Hamare! Sebuah buku 'self-publish' yang direka dan diedit oleh team Graphic Designer Hamare! <3 -------------------------------------------------------------------------------- Antara testimoni pembaca buku ini : https://www.facebook.com/pg/Hamare-1731298277146296/photos/… "Sangat best sangat memberi inspirasi buku ni. Kalau korang nak tahu buku ni 2 in 1. Hebat kan? Sehebat isi di dalam buku ni. Padat dan mantap isinya. Diadaptasikan daripada sebuah kisah benar. Sangat membantu daku dalam menyiapkan tugasan cerpen dan memberi idea menjadi seorang penulis jua. Huhu. Thanks Hamare.Official. Moga terus success. #feedback #hamare #shameless" (kmalyayusoff) -Instagram- "Inspiring book. Beri aku sebuah kesedaran erti 'JALAN PULANG'. Setiap saat berbaki itulah peluang untuk berubah. Thanks @Hamare.Official untuk 'hadiah konvo' ni." (masyie_applecool) -Instagram- "Tak sabar nak habiskan baca buku akak ni. Saya baru habis baca sampai program LGBT tu. Nanti saya nak review secara bersurat kot. Saya akan emel ke akak ye." (Salah seorang pelajar lelaki universiti yang pernah terlibat dalam LGBT) -------------------------------------------------------------------------------- PRE-ORDER DIBUKA HINGGA HUJUNG JANUARI 2017!! RM26.00 SAHAJA! <3
ONLINE SAHAJA! <3
EDISI TERHAD TAU! <3 **Harga tidak termasuk poslaju.
**COD sekitar Klang saja.






APA TUNGGU LAGI? MEH PM KAMI! ❤WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413
❤WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413
❤WHATSAPP : 011-35692793 / 019-3677413

ADA HADIAH MENARIK TU UNTUK KORANG SEMPENA AWAL TAHUN INI! TERHAD KEPADA 100 PRE-ORDER TERAWAL SAHAJA!

Untuk cetakan ke-2 ini, edisinya sangat terhad!
Siapa cepat, dia dapat! ❤LIKE FB PAGE : Hamare
❤FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
❤FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare

#Share
#ProjekHamare
#ProjekDakwah

Sahabat sorga ..


 
 
#KITAKANSAHABAT

Kitakan sahabat,
Lalu untuk apa aku biarkan engkau lelah mencari redha-Nya,
Hulurkan dua jemarimu,
Syurga milik kita bersama.

Kitakan sahabat,
Tak akan ku biar engkau terus hanyut,
Kerna aku akan turut lemas bersamamu,
Ganding erat tanganmu dan tanganku,
Kita akan menuju sebuah jaya.

Kitakan sahabat,
Aku tidak akan membiarkan ianya hanya pada sebuah nama,
Ayuh kita memaknakannya,
Saling membenarkan seperti Abu Bakar terhadap Rasulallah,
Cintanya Ummar tiada tertanding buat sahabat bernama Muhammad.

Kitakan sahabat,
Andai sekali aku terjatuh ke jurang hina,
Aku yakin engkau sedia menghulur tangan,
Kerna aku sendiri yakin...
Engkau sahabat sorga buatku...
.
*untuk kalian yg ku chenta...gmbar last year. 13Jan2016. Alfatihah buat almarhum Saiful Azim.
.
P/s: sedikit coretan dari Cerpen Sahabat Sorga.
Nah, buku @hamare.official dh masuk cetakan kedua, jom preorder skrang...
Preorder sekarang BUKU HAMARE ( Shameless X Hidayah Di Balik Gerigi Besi)

Get free Button Badge and mini calendar from Hamare.

#almarhumsaifulazim
#sahabathayat
#sahabatsorga

Wednesday, 30 November 2016

Menulis untuk sebuah seruan DAKWAH



Menulis untuk syurga...
Usaha kecil dua penulis blogger muda dalam menyediakan sebuah buku yang padat dengan cerpen santai berbentuk tarbiah, hasil inspirasi daripada kisah benar. Kerjasama 5 sahabat dalam merealisasikan sebuah dakwah, 'MENYAMPAIKAN'.

+ Bermesej.
+ Sesuai untuk bacaan remaja dan umum.
+ Kisah keadaan ummah di zaman serba moden ini.
+ Kisah kehidupan remaja yang perlu berdepan dengan cabaran.
+ Kisah persahabatan yang ingin kekal hingga ke Syurga.
+ Kisah qudwah dan ukhuwah bersama golongan LGBT.
+ Kisah seorang anak yang kehilangan bapa tercintanya.
+ Kisah hijrah seorang hamba.
+ Inspirasi daripada kisah benar.

PM LAJU-LAJU! 😍😍😍😍
WHATSAPP TEAM KAMI LAJU-LAJU! 😍😍😍😍

**Team kami akan mula poslaju tempahan pada hari Jumaat (2/12/2016)

❤LIKE FB PAGE : Hamare
❤FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
❤FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare
❤WHATSAPP :📱+6 011-35692793 / +6 019-3677413

#ProjekHamare
#ProjekDakwah

Thursday, 29 September 2016

Mohon dana buat Adik Mimi

Assalamualaikum wbth..
Kalau semua masih ingat kisah anak saudara saya, Nur Hasmimie Abd Hamid yang mengidap Leukimia lebih 4tahun yang lalu.. Alhamdulillah, dia telah tamat rawatan terapi kemonya. Namun, perancangan Allah lebih hebat untuk Adik Mimi, dia mengidap Hepatitis C pula.

Jauh di lubuk hati saya, memohon dari semua, agar dapat membantu meringankan bebanan kos rawatan Adik Mimi kesayangan kita ini. Kos rawatannya sebanyak RM50,000.

Jika seorang derma seringgit pun i.Allah akan cukup untuk Kos perubatan Adik Mimi..Salurkan bantuan anda seikhlas mungkin, melalui akaun ibunya.

<BSN>
03092-41-00003101-1  Ramlah Binti Mohd Daud.
no tel 0176830429 Awatif (kakak) / 0142982008 Adik Mimi@Ramlah (ibu)

Ini bukan post minta tolong biasa yang kamu boleh ragukan spam, kita semua tahu kerana Adik Mimi, kempen #TravellingBeruang menjadi satu kejayaan..(pinjam ayat Ungku Ismail),

BANTU SEBAR JUGA.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)..

Tuesday, 20 September 2016

THE HAMARE PROJECT COLLECTION



Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat2? moga dalam redha Allah hendaknya... saya nak kongsi satu berita penting untuk semua iaitu satu penubuhan syarikat kecil kami, harap sudi membaca sehingga habis..

THE HAMARE PROJECT COLLECTION
(SA0390226-D)
 
HAMARE merupakan langkah permulaan 5 sekawan anak muda ke medan penulisan pentarbiahan santai dan dunia penerbitan seperti buku dan yang sewaktu dengannya.
MISI
Merealisasikan sesuatu yang berpotensi memberi manfaat kepada ummah melalui medium tinta pena atau penulisan dan media seperti poster, video, illustrator dan lain-lain.
VISI
Dengan Bismillah, Kepada Ummah, Untuk Lillah.
SASARAN
Khas untuk remaja. Umum untuk tatapan dan manfaat semua kerana seputar isu masyarakat yang semakin lama semakin parah.
HAMARE berasal daripada perkataan bahasa Urdu. HAMARE membawa maksud ‘kami’ atau ‘kita’. Perkataan ini dipilih sebagai nama tema kami kerana ianya digerakkan secara kerjasama 5 sahabat. Iaitu kami. HAMARE berkonsepkan labu dan pelepah pena atas beberapa aspek. Labu dipilih kerana ia sentiasa berusaha untuk hidup. Walau sering terhalang oleh batu-batan, batu kerikil dan batang pokok, namun, ia terus menjalar menyebar manfaat dan hidup membesar. Pelepah pena pula merupakan medium kami untuk menyebarkan manfaat melalui tinta pena.
Misi kami besar dan kami baru bermula step by step dari bawah. HAMARE terdiri daripada  2 orang penulis blog iaitu saya dan seorang sahabat, Pencari Cinta Ilahi, seorang sahabat jua pelukis illustrator dan minat serta berbakat dalam seni khat serta dua orang sahabat yang cenderung dan berbakat dalam Multimedia dan Editing sebagai Graphic Designer HAMARE.

HAMARE diasaskan untuk membantu mengasah bakat kami berlima supaya dapat  menghadiahkan sesuatu pada ummah mengikut keperluan dan kemampuan kami sendiri. HAMARE bersedia menerima tempahan rekabentuk untuk banner, poster, bunting dan yang berkaitan dengannya. HAMARE juga bersedia menerima tempahan Penanda Buku Kaligrafi Ringkas (Hand-made) untuk anda. HAMARE juga sedang dalam proses akhir untuk menerbitkan sebuah buku sulung yang menggabungkan dua tajuk iaitu ‘Hidayah Di Balik Gerigi Besi’ dan ‘Shameless’. Insya-Allah, penerbitan buku secara ‘self-pubish’. Kami menerima tempahan design (design sahaja) dan button badge (design&printing) untuk semua majlis atau program untuk menambah dana misi kami ini.
Buku ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dengan realiti kehidupan khususnya buat remaja. Buku ini berbentuk santai tetapi penuh dengan isi yang hendak disampaikan melalui kumpulan cerpen. Istimewa diselit bersama beberapa karya illustrator team HAMARE sendiri. Doakan semoga projek HAMARE ini berjaya, mendapat sokongan dan semakin lebar serta luas empayarnya sebagai salah satu usaha dakwah kami untuk ummah. Insya-Allah.
Misi besar kami ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat khususnya kepada golongan sosial seperti LGBT, obsess hiburan, putus asa di jalan kebaikan dan banyak lagi.  Ada antara kami yang memiliki sedikit pengalaman bersama dekati dan berpogram dengan golongan Mak Nyah sebegini. Kami juga ingin muda-mudi kini untuk dapatkan karya kami kerana cerpen santai berbentuk realiti ini adalah hasil keadaan sekeliling. Ada solusi yang ingin dikongsi bersama. Akhir sekali, misi kami adalah untuk memanfaatkan minat dan bakat kami ke arah dunia dakwah, sebagai bekalan bila kami sudah tiada di dunia yang fanaa’ ini. Namun, tulisan dan lukisan dakwah ke arah kebaikan terus ada dan hidup subur tersebar.

Doakan kami!
Jika ingin tahu siapa kami, siapa HAMARE ini dengan lebih lanjut, nantikan buku sulung terbitan HAMARE! Ada pengenalan ringkas berkenaan profil diri team HAMARE. Jika anda sudah baca posting ini, sila komen ‘Saya dah baca..’ dan kenalkan sekali diri anda, dari mana, untuk saya kenal dan tahu tentang pembaca blog saya. Terima kasih buat semua!
#SupportHamare
#ProjekHamare
#ProjekDakwah


LIKE& SHARE FB PAGE : Hamare
FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare